Building Independence, Step by Step

Penjagaan Kebersihan Kepala dan Rambut

Menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala sangat penting untuk kesihatan diri serta penampilan. Rambut yang bersih bukan sahaja membuatkan seseorang kelihatan kemas, tetapi juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Dalam topik ini, pelajar diperkenalkan kepada tanda rambut sihat, punca rambut tidak sihat, serta langkah penjagaan yang betul.

Ciri‑Ciri Rambut Sihat

Rambut yang sihat biasanya:

  • Lembut bila disentuh
  • Tumbuh dengan baik dan semakin panjang
  • Berkilau
  • Tidak mudah gugur
  • Tidak mudah kusut

Tanda Rambut Tidak Sihat

Antara masalah yang menunjukkan rambut kurang sihat termasuk:

  • Kering dan kusam
  • Mudah patah
  • Bercabang
  • Sukar diurus
  • Banyak rambut gugur
  • Masalah kulit kepala seperti kelemumur

Kenapa Penjagaan Rambut Penting?

Menjaga kebersihan rambut membantu:

  • Mengelakkan masalah kutu
  • Mengelakkan bau kurang menyenangkan
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Menjaga penampilan yang kemas dan sihat

Peralatan Penjagaan Rambut

Pelajar juga diperkenalkan kepada peralatan asas penjagaan rambut seperti:

  • Sikat
  • Syampu
  • Minyak rambut (jika perlu)
  • Tuala kecil

Cara Penjagaan Rambut

Dalam latihan, pelajar belajar:

  • Cara menyikat rambut dengan betul
  • Cara mencuci rambut mengikut langkah yang betul

Cara Muat Turun (Download Instructions)

Leave a comment